Want your
own Fotopage?








 
.:: tHe WoRlD oF pUrPlE ::.
Image hosted by Photobucket.com
By: atiqah kamarudin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 6-Oct-2007 13:32 Email | Share | | Bookmark
majlis berbuka puasa d'hoteliers sesi jul-nov 07

bersma kak mira dan adik2..
jhah n muslimah
hudohnye sengeh...
akan yg menyibuk..hehehe..
nurul-anis-tqah
suasana berbuka puasa
anis-fadz
juadah berbuka puasa
hot tour..
View all 17 photos...
[size=18]xde apa2 yg menarik...2 sem lagi kami yg akan organize..hehehehe...[/size]

Care to comment?


Thursday, 30-Aug-2007 15:29 Email | Share | | Bookmark
dinner DL sem 1...

sya n g-ah
who's this??
sya..
best student among part n program..
 
jihah n kak ani..
View all 17 photos...
emm...dlm kls tqah terdpt 6 org yg memperolehi DL pada sem 1...
Alhamdulillah...syukur kepadaMU TUHAN yg ESA...
walaupun tqah main2 sket sem 1 lepas, tapi Allah masih mengurniakan rezeki kpd tqah..

just wanna show the picture in d event!

Care to comment?


Friday, 15-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Reunion 5AB 07'

yanie n eili...
ayunyer nisah.. =)
sayang semua..
View all 9 photos...
Assalamualaikum...
hari ini telah diadakan reunion bebudak 5AB thn 2005..
kami amat gembira dengan reunion pada hari ni..
terima kasih kpd mizan kerana bekerja keras untuk persiapan pada hari ni..
pelbagai makanan yg telah disediakan..
insyaAllah...ukhuwah kita akan sentiasa berkekalan..
walau dimana tqah berada, tqah x akan lupakan kenangan manis kita bersama..kenangan yang amat manis..

miss u all!!
cadangan alaya: next reunion..3 tahun lagi..
rasa2nya ada yg dah kahwin time tu?
[/size
]

dah lama tak tengok fotopage ni.. all da pictures are lovely... tq tiqah sbb sudi uploadkn sume ni.. u r such a sweet person! semoga ukhuwah antara kita sume akn terus kekal, insyaALLAH...
Fri 18-Jan-2008 15:51
Posted by:Husna
Add comment


Sunday, 1-Apr-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
dinner d' hoteliers

me with nurul...sebelum betolak ke dewan...
di sebalik tabir...
me n sya...
View all 23 photos...
assalamua'laikum...
dah lama tqah tidak mengupdate fotopage tqah ni...bukan saje takde masa, tapi gambar2 juga tiada yg terbaru...

hari ini fakulti pengurusan hotel dan pelancongan telah mengadakan satu makan malam untuk semester ini...kami pelajar2 semester satu dikehendaki membuat persembahan...tema dinner pada malam ini ialah asian fusion dan kami pelajar2 semester satu bagi kos diploma pengurusan perkhidmatan makanan perlu membuat persembahan bertemakan bollywood...

persembahan yg kami persembahkan ialah gabungan antara lakonan dan tarian...betul2 mcm cerita hindustan...pada akhir lakonan, semua pelajar kelas tqah perlu menari termasuk la tqah.. kami telah berlatih untuk persembahan pada malam ini selama 2 bulan...

hari ini, umi abah tqah telah datang melawat tqah di dungun...tapi mereka terpaksa pulang lebih awal dari yg dirancang kerana tqah perlu membuat reheasal pada pukul 2...pada sebelah paginya, umi dan abah pergi mencari pakaian tqah untuk mlm ni...itulah kasi ibu ayah, sanggup berhabisan untuk anaknya...umi abah, semoga Allah menyanyangimu sebagaimana kamu menyanyangiku...Aamin...

majlis makan malam ini bermula pada pukul 7.45 malam...tapi kami semua terlambat, hampir pukul 8.30 baru lah kami datang...hasilnya, kami tak dapat cop merit dan cenderahati kerana sudah terlewat untuk daftar...

Alhamdulillah, majlis pada mlm ini berjalan dengan lancar...dan persembahan kami juga berjalan dengan lancar...kami merupakan kumpulan pertama yg membuat persembahan dan diikuti dengan persembahan dari diploma seni kulinari dan kemudian persemabahan dari kumpulan diploma pengurusan hotel... kami semua amat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan setelah berusaha selama 2 bulan...

oklah, dah cukup laporan yang amat skema dan membosankan tu...tqah betul2 tidak berjiwa kreatif dan berseni untuk mencipta ayat yang best untuk dibaca... let's check out da pixs!

+ wow.. panjang nya boleh buat karangan ni
Fri 13-Apr-2007 05:34
Posted by:+ wedding shooter +  - [Link]
SELAMAT HARI RAYA..MOHON MAAF DR TANGAN KE HATI..TANGAN BERSALAMAN..HATI MEMAAFKAN..
Wed 10-Oct-2007 06:48
Posted by:KAY  - [Link]
Add comment


Thursday, 16-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
hari terakhir persekolahan bagi tahun 2006...

cikgu math...
bersama cikgu paA...
yoe...makan tok bagi! :-P
View all 20 photos...
assalamualaikum...
akhirnya hari ini tiba jua...hari terakhir persekolahan bermakna perpisahan akan berlaku....perpisahan memang menyakitkan, kan kawan-kawan? tapi, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan...
tqah ingin mengucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada kawan-kawan sekelas tqah yg sentiasa menceriakan hari2 tqah, yg sentiasa membantu tqah dlm kesusahan, yg sentiasa mebuat tqah ketawa ...tqah amat menghargai persabahatan yg telah semua berikan kepada tqah selama ini...
maaf banyak2 kepada semua kalau selama ini tqah ada menyakitkan hati, terkasar bahasa, halalkan semua yg tqah termakan dan terminum, halalkan semua perangai tqah yg kadang2 kurang menyenangkan semua...tqah ingin memohon maaf byk2 kalau kalian terasa hati dgn perangai tqah yg moody pada hari ni...ada sedikit perkara yg kurang menyenangkan berlaku...maaf ye kawan2...
kepada ayu, adilah, ainani...sahabat2 perempuan tqah dlm kelas ini, tqah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana byk memberikan sokongan kepada tqah selama ini...byk mendengar luahan hati tqah walaupun kadang2 luahan tqah tu tak masuk akal, luahan yg ntah pape...yg langsung tak bermakna...hehehe...terima kasih, hanya Allah yg dapat membantu jasa kalian...
kepada rakan2 tqah dlm kelas ini, p.g, firdaus, asyraf, hafizudin, alif, hisyam, kamal, nagendran, syamir, azaha, sudin, azrol, raje, fahmie, faizal, sufian, saiful, adilah, ayu, ainani, azura....semoga persahabatan kita, ukhuwah kita akan berkekalan selama-lamanya...kenangan bersama kalian akan tetap tqah kenang sampai bila2...tqah akan tanamkan semua memori kita bersama sekemas-kemasnya di dalam ingatan tqah....walau apapun yg berlaku, jgn lupakan tqah yer...semoga kita dapat berjumpa lagi... memetik kata2 kamal, "walaupun perkenalan ini hanya sementara, namun terlalu banyak kenangan manis yg dilalui bersama.."

kak faezah iaitu kawan abg tqah pernah berkata, "menyayangi seseorang apabila kita ingin melihat kegembiraan terpancar di wajahnya.."
'YA ALLAH...senangkankan diri sahabat2ku, permudahkanlah kehidupan mereka, berikanlah mereka kebahagiaan, rahmatilah kehidupan mereka, supaya aku sentiasa dapat melihat sinar kegembiraan, sinar kebahagiaan terpancar di matanya, kerana aku amat menyayangi mereka..."

p/s:- kawan2 lama tqah, all members in 3IR, 5AB, bravo company terutama mila, lean, dee, eika, isya, dayah, maz...tqah amat merindui kamu semua! kalau ada rezeki, moga2 kita jumpa lagi...

slm..
tqah..
lamenye tak jumpe..
rindunye..
bile la leh jumpe ek?
mis u..
lebiu..
Sat 2-Dec-2006 08:17
Posted by:naqiah naqieyz_frog@yahoo.com
percayalah... satu hari nanti.. kamu mesti terlalu rindukan saat ni semua.. terngiang2.. jd.. gunakanlah masa utk mengatur masa depan yg lebih cemerlang..
Mon 22-Jan-2007 23:00
Posted by:uJang  - [Link]
sukanya husna tengok tiqah bahagia di SMKIP tercinta..
Mon 5-Mar-2007 05:47
Posted by:husna husna88_nhi@yahoo.com
View all 5 comments Add comment


Saturday, 11-Nov-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
jamuan kelas 6BIH... ^_^

ayu n ainani menyediakan hadiah kelas...
adilah...
raje...
View all 96 photos...
hari ini 6BIH telah mengadakan satu jamuan kelas sempena akhir tahun...jamuan tersebut telah diadakan di lot 1566 kg huda, kota bharu kelantan...iaitu rumah atiqahkj! hehehe.... majlis ini telah dirancang semenjak 2 minggu lepas lagi...menu pada hari ini ialah ayam bakar, hot dog bakar dan bihun goreng...dan tqah dengan senang hatinya membuat spaghetti untuk memperbanyakkan menu pada hari ini, tetapi malangnya spaghetti yg tqah buat pada hari ni kurang menjadi@tak sedap! hehehe...maaf kawan2ku kerana terpaksa makan spaghetti yg kurang menjadi tu...

majlis ini dirancang untuk bermula pada pukul 10 pagi, tapi hampir pukul 11 barulah kawan2 tqah sampai...biasa la tu, janji melayu... pada pukul 11 pagi aktiviti membakar ayam telah dijalankan...pada pukul 12 lebih, ayam dan hot dog telah habis dibakar....terima kasih kepada kawan2 kerana bertungkus lumus membakar ayam untuk dimakan bersama...ayam dan rempah ratus untuk memerap ayam telah disediakan oleh ayu dan ibunya...terima kasih kerana menyediakan ayam yg enak itu! bihun goreng pula telah digoreng oleh alif aka pengerusi/alifah... terima kasih jugak kepada alif kerana menyiapkan bihun tersebut dengan begitu sedap...

selepas semua makanan dihidangkan, kami menunggu ketibaan guru2 kami, tetapi hanya guru kimia kami iaitu cikgu azizah yg datang....cikgu sampai hampir pukul 1...guru2 lain tak dapat datang kerana ada urusan lain yg perlu diselesaikan...kemudian, kami semua menjamu selera....pada pukul 2, semua kawan2 tqah meminta izin untuk pulang....

majlis pada hari ini berjalan dengan lancar....hari ini tqah dapat melihat senyuman yg amat menyenangkan terpamer pada wajah kawan2 tqah....tqah amat berharap masih dapat melihat senyuman2 ini pada lain masa...tqah ingin memohon maaf kalau ada layanan tqah yg kurang memuaskan pada hari tersebut....kalau ada apa2 selepas ini, jgn lupa bertandang ke rumah tqah ye kawan2!

jamuan pada hari ini telah menjadi KENANGAN TERINDAH kepada tqah!



p/s: masih byk gambar yg tqah tak tempek lagi...tak sempat ma...

Ooo... makan tak ajak orang... apalah tiqah ni.. hihi... gurau jer!!
Mon 5-Mar-2007 05:54
Posted by:husna husna88_nhi@yahoo.com
Add comment


Friday, 15-Sep-2006 04:03 Email | Share | | Bookmark
6 bawah ibnu hayyan....

deelah
ainani....
alif dan syamir
View all 44 photos...
dah lamer t-qah tak update fotopages t-qah ni....jadi t-qah letaklah gambo2 kengkawan dlm 6BIH...
semoga ukhuwah antara kita akan kekal selamanya...ameen!

elok la ..eratkan silaturahim
Wed 18-Oct-2006 05:12
Posted by:dethonez dethonez@yahoo.com  - [Link]
husna....tentulah ore tok lupa husna lagi...rindu ngan husna dan kwn2 kita sgt! sedihnya!!
Wed 18-Oct-2006 08:09
Posted by:atiqah atiqahkj@yahoo.com
a'kum tqah.. hehe.. saje je nk tgk f/p tqah yg tbaru nih...
w'pun xde gambo kite yg kiyut tu... ngeh3..(x leh la nk pau tqah)
ramainyee kwn2 baru tqah..! besh la diee...
windunye time kite dulu2 ek.. kihkihkih..
anyway, take care la ye..
jika ade rezki,semoga kite ketemu lagi yok..
tata.. assalamualaikum
Sat 18-Nov-2006 08:40
Posted by:bihah pau ($) hybrid_aurora@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Thursday, 4-May-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
reunion kelas 5Al-Bhiruni 05' di Sabrina Court...

pelajar2 perempuan 5AB
bersama-sama guru-guru kesayangan...
juadah pada hari ini...
View all 13 photos...
assalamualaikum...
pada hari ini, kami pelajar2 5AB 05' sekolah menengah kebangsaan ismail petra telah mengadakan satu reunion bermula pada jam 3p.m dan berakhir pada jam 5p.m di sabrina court, kota bharu....setelah hampir 5 bulan t-qah tak berjumpa dgn kawan2 t-qah, akhirnya pada hari ini t-qah dapat mengubati rindu t-qah terhadap mereka...

pada hari ini juga, guru-guru yg mengajar kami iaitu cikgu mat junoh (fizik), cikgu wahab (matematik), cikgu nik rosila (matematik tambahan), ustazah noriah (PAI) dan guru kelas kami iaitu teacher faezah (english dan est)...t-qah dan juga rakan2 yg lain mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru2 kami yg memenuhi jemputan kami pada hari ini walaupun mereka masih lagi penat setelah mengajar pada sebelah paginya....

rakan2 t-qah yg tidak dapat hadir pada hari ini ialah aiman, kassim, eili, wawa, normi dan yaniey... manakala guru2 t-qah yg tidak dapat hadir cikgu siti patimah (biologi), cikgu mohd nor (kimia), cikgu makhtar (BM) dan cikgu azemy (sejarah). t-qah agak terkilan kerana tidak dapat berjumpa dgn mereka kerana selepas ini peluang t-qah untuk berjumpa dengan mereka agak tipis setelah masing2 melanjutkan pelajaran di seluruh negara, namun rezeki tidak menyebelahi t-qah, insyallah...jika ada rezeki, t-qah akan berjumpa juga dgn mereka di lain masa...

majlis kami ini berjalan dengan lancar...t-qah amat gembira pada hari ini, setelah habis persekolahan, t-qah sudah lama tidak ketawa seperti yg t-qah lakukan ketika ber'huha-huha' dengan rakan2 sekelas, tetapi pada hari ini t-qah dapat ketawa dan ber'huha-huha' seperti waktu persekolahan dulu....

t-qah amat merindui waktu t-qah sekelas dgn rakan2 t-qah ini...t-qah amat merindui dgn rutin harian t-qah pada tahun lepas....t-qah amat merindui untuk masuk kelas, masuk makmal, ke kantin, ke musalla sekolah, memakai baju kelas....t-qah amat merindui untuk melakukannya...

semoga ukhuwah yg terjalin antara kita semua kekal selama-lamanya....

akhir kata, t-qah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mizan dan suria yg bertungkus lumus mengadakan majlis ini sehingga majlis ini berjalan dengan begitu lancar....

hahaha lawa la tkah update this web...cun. nt suya amik gambo tok dalam fster
Thu 1-Jun-2006 14:48
Posted by:suya snoopy_guzl@yahoo.com
assalamualaikum, rindunya kat sumer. mesti best cuti lps UPS. husna x cuti lagi. esok ada test laa... tgh cuak la nii.. rindu gilerrr kt Kelantan....
Tue 8-Aug-2006 07:20
Posted by:Husna husna88_nhi@yahoo.com
rindu nyerrrr... esok test tapi ari ni Husna main-main lagi.. teruk tul!!
Tue 8-Aug-2006 07:24
Posted by:Husna husna88_nhi@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Friday, 14-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
ke bukit merah, perak...

 
gambar yg diambil dari tingkat 2...
 
View all 41 photos...
assalamualaikum...
pada hari ini, t-qah, adik t-qah dan umi t-qah telah mengikut ayah t-qah yang bermesyuarat antara pengetua-pengetua sekolah berasrama penuh seluruh negara di bukit merah, perak.....
oleh sebab t-qah hanya menanam anggur di rumah selepas pulang dari PLKN, t-qah meminta izin abah t-qah supaya membawa t-qah sekeluarga ke bukit merah untuk menghilangkan kebosanan t-qah berada di rumah...akhirnya abah t-qah setuju dgn permintaan t-qah... kiranya sambil menyelam minum air la nie....

kami bertolak ke sana pada kelmarin,13 april pada jam 12 tgh hari dan sampai pada 6 ptg dan pulang ke rumah pada 16 april...umi t-qah terpaksa meminta cuti dan adik t-qah terpaksa ponteng sekolah pada hari tersebut...inilah kali pertama t-qah menjejak kaki t-qah di bukit merah...kawasannya begitu luas dan cantik...t-qah amat gembira selama berada di sini walaupun sekejap...

pada hari ini t-qah mengajak umi dan adik t-qah menaiki chairlift ride...harga tiket utk satu orang ialah RM4..chairlift ini membawa kami menyusuri taman tema air dari atas...jadi kami dapat melihat keseluruhan kawasan tema airnya dari tempat tinggi...apa yg melucukan t-qah ketika kami menaiki chairlift ini ialah ibu t-qah yg kelihatan begitu risau ketika berada di atas...dia berasa gayat,padahal ketinggiannya takdela tinggi sgt... dia hanya menaiki satu kali sahaja iaitu perjalanan pergi... sebenarnya kami dapat menaiki 2 kali perjalanan iaitu pergi dan balik semula ke tempat asal kami naik...bila sampai di tempat asal kami naik, penjaga di situ bertanya kepada t-qah dan adik t-qah, "dik..mana mak dik?"

Care to comment?


Thursday, 13-Apr-2006 05:53 Email | Share | | Bookmark
~rumahku, syurgaku~

suasana di waktu malam...
 
 
View all 9 photos...
assalamualaikum semua....takde apa2 yg menarik...saja jer nak menempek byk gambar kat sini, jadi t-qah letaklah rumah t-qah yg tak seberapa tu tapi amat selesa bagi t-qah dan tiada tempat yg paling istimewa buat t-qah kecuali rumah yg dibina pada tahun 1988 ni...

sejak balik dari PLKN, t-qah takde wat apa2, kecuali lepak dan menanam anggur di rumah sahaja...

kepada kawan2 t-qah, iaitu kawan2 yg t-qah kenali di dalam kelas 1T, 2T, 3IR, 4AB dan 5AB, dan juga kawan2 yg t-qah kenali semasa menjalani latihan di kem guar cenderai, terutama kompeni Bravo, dikhususkan lagi, geng2 P4....t-qah amat merindui semua! miss u all soooooooo much!!! semoga kita dapat berjumpa lagi!

-> sememang benar bila dikatakan bahawa there's no place like home...
Sun 16-Apr-2006 19:35
Posted by:<- Jeff®i @ FM0666 ->  - [Link]
Wow.. Lawanya rumah dia nih...
Wed 19-Apr-2006 06:07
Posted by:jemster  - [Link]
lawa ye rumah tqah..
kaler oren lagi...
lain kali boleh gi rumah tqah..
Sun 18-Jun-2006 17:05
Posted by:cikla
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.